~ Titikberatkan Potensi Mereka ~




Anak-anak anda yang lain sudah pasti melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian pelajaran ke pusat pengajian tinggi dan seterusnya mempunyai karier dalam hidupnya. Mungkin ada juga antara mereka yang akan menetap di negeri lain. Ada juga yang mendirikan rumah tangga dan tinggal bersama keluarga masing-masing.

                Mungkin hanya anak istimewa anda yang harus tinggal terus bersama anda sekiranya dia masih belum mendapat jodoh. Bagaimana sekiranya anda jatuh sakit?? Siapah yang mahu sering bersama anda ?? Adakah anak anda yang bekerja jauh dari tempat tinggal anda?? Ataupun mereka yang sudah mendirikan rumah tangga?? Siapakah yang mahu membantu sepanjang masa anda terlantar sakit??

                Segalanya bergantung pada anda. Anda yang perlu  mendidik anak-anak anda. Anda yang perlu memberikan didikan yang terbaik untuk anak anda. Anda boleh membentuk peribadi anak anda. Anda boleh menjadikannya seperti mana yang anda kehendaki tanpa mengambil kira masalah yang dimiliki. Apa yang perlu dilakukan adalah menitikberatkan potensi yang dimiliki oleh anak anda. Itu yang utama. Kembangkan potensi yang ada dan bentuk anak anda dengan kelebihan yang ada dan bukan maslah yang dimiliknya.

                Satu perkara penting dalam mendidik anak istimewa itu, sentiasa beri galakan pada mereka. Memancing hati mereka  bukan perkara sukar. Apa yang perlu, hargai apa sahaja yang dilakukannya. 

Sekiranya terdapat mana-mana tingkah laku yang tidak sesuai dilakukanyya, sebaik-baiknya anda terangkan padanya dengan baik. Mungkin dia tidak tahu terdapat perkara yang tidak boleh dilakukan dalam hidup ini. Dia masih anak kecil dan banyak lagi perkara yang perlu dipelajari. Ada kalanya dia mengulangi perbuatan yang sama. Usah anda memarahinya dengan cara menengking ataupun memukulnya. Mungkin dia terlupa.

♥ Setiap informasi itu bermanfaat dan harus dikongsi bersama ♥

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...