~ Berikan Tanggungjawab Padanya ~






Anda perlu berikan tanggungjawab padanya. Usah sesekali memanjakannya berlebihan kerana ia  boleh merosakkan dirinya sendiri. Tugas yang ingin anda berikan adalah pelbagai. Mungkin ada boleh menyuruhnya membasuh pinggan, menyapu lantai, membuang sampah dan pelbagai tanggungjawab.

                Usah anda khuatir sekiranya pinggan pecah semasa dibasuh ataupun lantai tidak bersih sekiranya disapu. Ini masanya anda untuk mendidiknya. Tunjukkan cara yang betul dan akhirnya sudah pasti dia dapat melakukannya dengan baik. Anak istimewa, sekiranya dididik dengan sempurna dia pasti dapat membantu anda dengan sebaik mungkin. Malah, dia lebih baik daripada anak-anak yang lain.

Situasi:
                Nik Nur Baizura yang mengalami masalah perkembangan lewat dan berusia 16 tahun adalah anak yang pendiam. Ibunya yang melahirkan anak kembar tidak mempunyai masalah kerana Baizura sering ringan tangan membantu ibunya menjaga adik-adiknya.

Kelebihan yang ada dalam dili Nur Baizura adalah sesuatu yang menarik. Bukan semua kanak-kanak normal gemar menjaga adik-adiknya. Namun bagi Baizura, apabila adiknya menangis, dia adalah orang pertama yang akan member perhatian pada tangisan adiknya-adiknya. Ini adalah suatu rahmat bagi ibunya.

Mungkin suatu hari kelak, Nik Nur Baizura berpotensi melibatkan diri dalam perkhidmatan nursery kerana minatnya pada kanak-kanak boleh mendorongnya mencapai cita-citanya kearah itu.

p/s : perbincangan lebih lanjut boleh dikongsi bersama di sini :)

♥ Setiap informasi itu bermanfaat dan harus dikongsi bersama ♥

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...