~ Anugerah Berharga ~



Sebagaimana yang kita ketahui, tidak semua dari kalangan kita yang mampu menghadapi keadaan atau situasi untuk menangani cara yang lebih bijak apabila berhadapan dengan kanak-kanak istimewa. Dunia mereka mungkin nampak berbeza namun,  pada hakikatnya mereka tetap ingin merasai atau melakukan apa yang dilakukan sama seperti kanak-kanak normal yang lain.
Pastinya  sesetengah ibu bapa yang mendapat zuriat istimewa, soalan ini kerap  bermain diminda

“ Apakah aku aku dihukum atas sesuatu yang pernah aku lakukan? “

Perasaan bersalah mula menghantui diri..

“Mengapa mesti aku? Mengapa mesti anak ku yang menghadapi semua ini? Mengapa Allah takdirkan sebegini kepadaku? “

Jangan disalahkan takdir walau sekali. Ketahuilah hakikat bahawa setiap yang tertulis sejak azali itu ada hikmah yang tersembunyi, rahsia Allah tiada siapa yang mengerti. Allah itu maha Mengasihani lagi Menyayangi.

Tanpa kita sedari bahawa, Allah tidak memilih semua hambanya untuk berhadapan dengan situasi seperti ini. Hanya insan yang terpilih ditakdirkan untuk berhadapan dengan dunia kanak-kanak istimewa ini.
Seperti kata-kata ini:

“kanak-kanak memerlukan bimbingan dan simpati lebih daripada arahan”
Anne Sullivan ( Guru Helen Kellery )

Oleh itu, kita sebenarnya harus bersyukur kerana Allah masih memberi  nikmat zuriat dan peluang untuk terus hidup. Ketahulah, ujian Allah itu adalah kasih dariNya...


♥ Setiap informasi itu bermanfaat dan harus dikongsi bersama ♥

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...