Belajar Membaca Cara Pendidikan Kas




♥ Setiap informasi itu bermanfaat dan harus dikongsi bersama ♥

" Dunia Pendidikan Khas "

Salam
Bismillahirrahmanirrahim..


" Dunia Pendidikan Khas penuh dengan cabaran dan keseronokan"


Itulah kata-kata yang dapat saya ungkapkan setelah berada di bidang ini. Sudah hampir 6 tahun saya berkecimpung dalam Dunia Pendidikan Khas. Setiap hari adalah hari baru yang penuh dengan cabaran dan menyeronokkan. Pengalaman bekerja dengan mereka adalah pengalaman yang sukar dicari dalam bidang lain dan akan membuatkan hidup kita menjadi lebih bermakna.

Sukar untuk digambarkan apabila melihat perubahan positif dalam diri mereka. Walaupun saya mengajar murid yang mempunyai kekurangan tidak seperti murid normal, namun melalui pembelajaran yang diajarkan mampu membuatkan mereka mempunyai potensi untuk berubah. Pelbagai kemahiran dan kelebihan mereka yang dapat kita cungkil daripada bakat semulajadi yang dianugerahkan oleh Ilahi.

Dunia Pendidikan Khas ini menjanjikan perkara yang menyeronokkan dan menggembirakan kerana ada perkara yang sukar kita dapati dalam aliran perdana. Terdapat beberapa perkara yang menyeronokkan apabila berada bersama murid istimewa. Antaranya ialah " Kamu melucukan", " Sayang cikgu ", "Nyahkan masalah kita ", Terima kasih Tuhan! ", "kita berbakat ", " Saya sungguh bangga ", dan " Terima kasih, Cikgu! ".

Oleh itu, dalam berhadapan dengan situasi mengajar murid istimewa pada saya bukanlah sesuatu yang membebankan, malah menimbulkan perasaan gembira dalam hati saya tatkala melihat mereka tersenyum dan apabila mereka mampu mengubah diri sendiri walaupun sedikit demi sedikit.


Mutiara Kata








♥ Setiap informasi itu bermanfaat dan harus dikongsi bersama ♥

Twinkle Twinkle Little Star




♥ Setiap informasi itu bermanfaat dan harus dikongsi bersama ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...