~ Anak Istimewa ~


Tidak ada kanak-kanak yang lahir di muka bumi ini secara automatiknya menjadi bijak, pandai dan terkenal. Mereka perlu menjalani proses pendidikan bagi melengkapkan diri mereka dengan segala ilmu pengetahuan.

                Sebagai ibu bapa, anda memainkan penaranan penting dalam hidup anak anda. Anda yang mengharapkan guru ataupun orang lain membantu anda. Anak itu adalah anak anda. Guru hanya bersama anak anda semasa waktu persekolahan. Guru hanya sebagai pembimbingnya dan bukan ibu bapanya. Guru masih mempunyai ramai lagi anak murid yang perlu dididik. Anda yang perlu memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi anak anda.

                Anda mungkin terkejut apabila meneliti nama-nama mereka yang terkenal. Mungkin anda salah seorang peminatnya. Berikut diperturunkan orang istimewa yang mendapat kejayaan dalam hidup mereka walaupun mereka mempunyai masalah.

Abraham Linclon à Masalah kemurungan atau emosi atau Marfan’s
Admiral Richard Byrd à Tumpuan singkat
Agatha Christie à Disleksia, epilepsy
Alan Alda à Polio
Albert Einstein à Masalah pembelajaran
Alexander Graham Bell à Masalah pembelajaran
Alexander The Great à Epilepsi
Ann Bancroft ( wanita pertama merenrasi Kutub Selatan dan Utara à Disleksia
Annie Sullivan ( Guru Helen Keller ) à Masalah penglihatan
Anthiny Hopkins à Disleksia
Axl Rose ( pemuzik ) à Bi-Polar
Benjamin Franklin à Tumpuan singkat
Bill Clinton à masalah pendengaran
Bill Cosby à Tumpuan singkat

p/s : maklumat lebih lanjut boleh didapati dengan pembelian buku ini :)




♥ Setiap informasi itu bermanfaat dan harus dikongsi bersama ♥

~ Titikberatkan Potensi Mereka ~




Anak-anak anda yang lain sudah pasti melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian pelajaran ke pusat pengajian tinggi dan seterusnya mempunyai karier dalam hidupnya. Mungkin ada juga antara mereka yang akan menetap di negeri lain. Ada juga yang mendirikan rumah tangga dan tinggal bersama keluarga masing-masing.

                Mungkin hanya anak istimewa anda yang harus tinggal terus bersama anda sekiranya dia masih belum mendapat jodoh. Bagaimana sekiranya anda jatuh sakit?? Siapah yang mahu sering bersama anda ?? Adakah anak anda yang bekerja jauh dari tempat tinggal anda?? Ataupun mereka yang sudah mendirikan rumah tangga?? Siapakah yang mahu membantu sepanjang masa anda terlantar sakit??

                Segalanya bergantung pada anda. Anda yang perlu  mendidik anak-anak anda. Anda yang perlu memberikan didikan yang terbaik untuk anak anda. Anda boleh membentuk peribadi anak anda. Anda boleh menjadikannya seperti mana yang anda kehendaki tanpa mengambil kira masalah yang dimiliki. Apa yang perlu dilakukan adalah menitikberatkan potensi yang dimiliki oleh anak anda. Itu yang utama. Kembangkan potensi yang ada dan bentuk anak anda dengan kelebihan yang ada dan bukan maslah yang dimiliknya.

                Satu perkara penting dalam mendidik anak istimewa itu, sentiasa beri galakan pada mereka. Memancing hati mereka  bukan perkara sukar. Apa yang perlu, hargai apa sahaja yang dilakukannya. 

Sekiranya terdapat mana-mana tingkah laku yang tidak sesuai dilakukanyya, sebaik-baiknya anda terangkan padanya dengan baik. Mungkin dia tidak tahu terdapat perkara yang tidak boleh dilakukan dalam hidup ini. Dia masih anak kecil dan banyak lagi perkara yang perlu dipelajari. Ada kalanya dia mengulangi perbuatan yang sama. Usah anda memarahinya dengan cara menengking ataupun memukulnya. Mungkin dia terlupa.

♥ Setiap informasi itu bermanfaat dan harus dikongsi bersama ♥

~ Berikan Tanggungjawab Padanya ~






Anda perlu berikan tanggungjawab padanya. Usah sesekali memanjakannya berlebihan kerana ia  boleh merosakkan dirinya sendiri. Tugas yang ingin anda berikan adalah pelbagai. Mungkin ada boleh menyuruhnya membasuh pinggan, menyapu lantai, membuang sampah dan pelbagai tanggungjawab.

                Usah anda khuatir sekiranya pinggan pecah semasa dibasuh ataupun lantai tidak bersih sekiranya disapu. Ini masanya anda untuk mendidiknya. Tunjukkan cara yang betul dan akhirnya sudah pasti dia dapat melakukannya dengan baik. Anak istimewa, sekiranya dididik dengan sempurna dia pasti dapat membantu anda dengan sebaik mungkin. Malah, dia lebih baik daripada anak-anak yang lain.

Situasi:
                Nik Nur Baizura yang mengalami masalah perkembangan lewat dan berusia 16 tahun adalah anak yang pendiam. Ibunya yang melahirkan anak kembar tidak mempunyai masalah kerana Baizura sering ringan tangan membantu ibunya menjaga adik-adiknya.

Kelebihan yang ada dalam dili Nur Baizura adalah sesuatu yang menarik. Bukan semua kanak-kanak normal gemar menjaga adik-adiknya. Namun bagi Baizura, apabila adiknya menangis, dia adalah orang pertama yang akan member perhatian pada tangisan adiknya-adiknya. Ini adalah suatu rahmat bagi ibunya.

Mungkin suatu hari kelak, Nik Nur Baizura berpotensi melibatkan diri dalam perkhidmatan nursery kerana minatnya pada kanak-kanak boleh mendorongnya mencapai cita-citanya kearah itu.

p/s : perbincangan lebih lanjut boleh dikongsi bersama di sini :)

♥ Setiap informasi itu bermanfaat dan harus dikongsi bersama ♥

~ Didik Dengan Sabar ~




Bukan salah mereka dilahirkan sedemikian. Sebagai ibu bapa anak istimewa, mereka mengajar anda suatu perkara iaitu sabar. Anda sudah berupaya membentuk sabar anda sehingga ke tahap maksimum, walaupun terdapat juga ibu bapa yang memukul anak istimewa itu. Namun, pukulan itu kelak dipersoalkan di akhirat seandainya ia bukan bertujuan mendidik tetapi melepaskan emosi.

                Terdapat juga yang mengikat anak itu supaya tidak berkeliaran. Sudah tentu itu akan mewujudkan perasaan negatif. Marah dan dendam mula bercambah dan anak yang tidak berdosa itu diajar unutk membenci. Mereka bukanlah haiwan. Mereka memerlukan kasih saying dan perhatian.

                Anda perlu ingat, setiap anugerah Tuhan itu ada hikmahnya. Bukan semua hikmah yang diberikan dapat dilihat serta-merta dalam masa singkat. Kadangkala anda perlu menunggu hingga kepala anda dipenuhi uban, baru hikmah itu dapat dilihat dengan jelas.

p/s : rujukan lebih lanjut di sini.

♥ Setiap informasi itu bermanfaat dan harus dikongsi bersama ♥

Anak-anak Muridku




video



♥ Setiap informasi itu bermanfaat dan harus dikongsi bersama ♥

~ Anugerah Berharga ~



Sebagaimana yang kita ketahui, tidak semua dari kalangan kita yang mampu menghadapi keadaan atau situasi untuk menangani cara yang lebih bijak apabila berhadapan dengan kanak-kanak istimewa. Dunia mereka mungkin nampak berbeza namun,  pada hakikatnya mereka tetap ingin merasai atau melakukan apa yang dilakukan sama seperti kanak-kanak normal yang lain.
Pastinya  sesetengah ibu bapa yang mendapat zuriat istimewa, soalan ini kerap  bermain diminda

“ Apakah aku aku dihukum atas sesuatu yang pernah aku lakukan? “

Perasaan bersalah mula menghantui diri..

“Mengapa mesti aku? Mengapa mesti anak ku yang menghadapi semua ini? Mengapa Allah takdirkan sebegini kepadaku? “

Jangan disalahkan takdir walau sekali. Ketahuilah hakikat bahawa setiap yang tertulis sejak azali itu ada hikmah yang tersembunyi, rahsia Allah tiada siapa yang mengerti. Allah itu maha Mengasihani lagi Menyayangi.

Tanpa kita sedari bahawa, Allah tidak memilih semua hambanya untuk berhadapan dengan situasi seperti ini. Hanya insan yang terpilih ditakdirkan untuk berhadapan dengan dunia kanak-kanak istimewa ini.
Seperti kata-kata ini:

“kanak-kanak memerlukan bimbingan dan simpati lebih daripada arahan”
Anne Sullivan ( Guru Helen Kellery )

Oleh itu, kita sebenarnya harus bersyukur kerana Allah masih memberi  nikmat zuriat dan peluang untuk terus hidup. Ketahulah, ujian Allah itu adalah kasih dariNya...


♥ Setiap informasi itu bermanfaat dan harus dikongsi bersama ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...