~ Didik Dengan Sabar ~




Bukan salah mereka dilahirkan sedemikian. Sebagai ibu bapa anak istimewa, mereka mengajar anda suatu perkara iaitu sabar. Anda sudah berupaya membentuk sabar anda sehingga ke tahap maksimum, walaupun terdapat juga ibu bapa yang memukul anak istimewa itu. Namun, pukulan itu kelak dipersoalkan di akhirat seandainya ia bukan bertujuan mendidik tetapi melepaskan emosi.

                Terdapat juga yang mengikat anak itu supaya tidak berkeliaran. Sudah tentu itu akan mewujudkan perasaan negatif. Marah dan dendam mula bercambah dan anak yang tidak berdosa itu diajar unutk membenci. Mereka bukanlah haiwan. Mereka memerlukan kasih saying dan perhatian.

                Anda perlu ingat, setiap anugerah Tuhan itu ada hikmahnya. Bukan semua hikmah yang diberikan dapat dilihat serta-merta dalam masa singkat. Kadangkala anda perlu menunggu hingga kepala anda dipenuhi uban, baru hikmah itu dapat dilihat dengan jelas.

p/s : rujukan lebih lanjut di sini.

♥ Setiap informasi itu bermanfaat dan harus dikongsi bersama ♥

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...